Soalan Lazim

Apakah modul yang akan dipelajari sepanjang program ini?

Berbeza dengan program atau seminar perniagaan Internet yang lain yang hanya menumpukan pada satu jenis teknik atau strategi, program 9 bulan ini merangkumi pelbagai teknik dan strategi perniagaan Internet dalam 10 modul yang disediakan khas oleh pakar perniagaan Internet #1 Irfan Khairi.

Program-program Irfan Khairi telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia sejak 2005 hingga kini!

Program ini terbahagi kepada 10 modul Pemasaran Internet dan Media Sosial. Antara modul yang akan dipelajari adalah asas perniagaan Internet, teknik pemasaran blog untuk perniagaan, pemasaran Facebook dan media sosial, pengoptimaan enjin pencari, pengiklanan Internet, pembinaan laman web perniagaan dan banyak lagi...

MODUL MAKLUMAT
MODUL 1
Asas Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial
(Kelas bersemuka)

Modul yang berkongsikan asas perniagaan Internet supaya peserta dapat memahami cara membina perniagaan Internet dengan cara yang betul.

Modul ini juga akan turut membantu peserta mencari idea-idea perniagaan berdasarkan minat dan permintaan untuk dijadikan "Business Based Assignment" sepanjang pengajian. Asas penjenamaan juga akan dibincangkan supaya perniagaan yang dimulakan dapat meminimakan pesaing dalam memudahkan lagi perjalanan perniagaan anda!

Dalam modul ini, peserta akan diberi bantuan dan bimbingan kepada persoalan, perniagaan apa yang terbaik untuk mereka mulakan?

MODUL 2 
Penjenamaan Diri Perniagaan Jualan Langsung dan Ajen
(Kelas bersemuka)

Kini, perniagaan berbentuk ajen, sama ada perniagaan jualan langsung, dropship, MLM, atau perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti insurans, penasihat kewangan dan lain-lain adalah sangat popular. Model perniagaan sebegini memerlukan penjenamaan diri (personal branding) untuk mendapat daya saingan di kalangan pesaing yang lebih ramai.

Modul ini akan kongsikan teknik penjenamaan diri (personal baranding) yang juga boleh diaplikasikan pada apa sahaja jenis perniagaan.

MODUL 3
Laman Web Yang Menjual
(Kelas bersemuka)

Peserta akan mendalami teknik dan strategi menghasilkan laman web yang boleh mengubahkan prospek menjadi pembeli. Psikologi cara orang membeli di atas talian akan dipelajari supaya memudahkan peserta memahami apa yang membuatkan pelawat ingin dan mahu membeli produk atau perkhidmatan anda.

Elemen-elemen seperti susunan ayat, penggunaan gambar, dan perkataan-perkataan menarik emosi pelawat juga akan dikongsikan untuk memaksimakan pembeli di laman web anda dengan cara meningkatkan keyakinan pelawat membeli dari anda.

Dalam modul ini juga, peserta akan diajar cara membina laman web sendiri cara mudah untuk perniagaan yang dipilih. Dengan mengetahui cara membina laman web sendiri, peserta dapat menjimatkan beribu ringgit dengan tidak perlu lagi mengupah pereka laman web.

MODUL 4
Pengiklanan Efektif di Internet
(Kelas bersemuka)

Antara sebab kegagalan perniagaan Internet adalah usahawan menggunakan teknik pengiklanan yang tidak efektif. Dalam modul ini, peserta akan didedahkan teknik-teknik pengiklanan yang efektif di Internet, serta cara meminimakan kos pengiklanan anda.

Terdapat teknik pengiklanan percuma dan juga berbayar. Peserta akan ketahui teknik-teknik utama yang paling efektif dalam mendapatkan lebih banyak trafik dan pelawat ke laman web anda. Lebih ramai pelawat, maka lebih mudah untuk anda mendapat jualan setiap hari di Internet.

MODUL 5
Blog untuk Perniagaan dan SEO
(Kelas bersemuka)

Modul penting ini akan mendedahkan teknik SEO atau Search Engine Optimization, yang bererti, cara membawa laman web anda ke hadapan enjin pencari seperti GOOGLE- secara percuma.

Dengan mengetahui teknik dan strategi SEO, ia dapat membantu memaksimakan tatapan laman web perniagaan anda di hadapan beratus atau beribu-ribu pelawat melalui enjin pencari Google- promosi percuma kepada anda!

Rata-rata, apabila pengguna Internet ingin mencari sesuatu, enjin pencari seperti Google merupakan tempat utama untuk lakukan carian. Bayangkan sekiranya prospek mencari sesuatu yang anda jual, dan terjumpa laman web anda setiap kali sesiapa sahaja mencari mengenai industri anda. Pastinya, memberi pulangan berkali-kali ganda tanpa sebarang kos kepada anda.

MODUL 6
YouTube dan Pemasaran Video
(Kelas bersemuka)

Pemasaran video adalah pemasaran media baru yang semakin popular. Oleh kerana pengguna Internet lebih ramai yang merupakan visual learners (pelajar visual) kaedah pemasaran menggunakan video adalah kaedah yang amat efektif dan ramai masih belum terokai.

Video dapat mengubahkan lebih ramai prospek menjadi pembeli berbanding dengan kaedah lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan teknik dan strategi pemasaran video dalam perniagaan anda.

Modul ini akan menunjukkan kepada anda bukan sahaja teori, tetapi juga praktikal bagaimana anda boleh menggunakan video dalam melipat kali gandakan keuntungan perniagaan anda.

MODUL 7
Facebook dan Pemasaran Media Sosial
(Kelas bersemuka)

Tidak dinafikan lagi media sosial adalah media yang penting hari ini. Oleh kerana ramainya pengguna media sosial di Malaysia dan serata dunia, media sosial merupakan platform perniaagaan yang tidak boleh diabaikan.

Ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook dengan salah dalam perniagaan. Akibatnya, kurangnya followers, kurangnya reach, dan tidak ramai yang like atau share produk dan perkhidmatan yang anda promosikan di Facebook!

Modul ini akan menunjukkan strategi dan teknik terkini Facebook bagaimana anda boleh menggunakan Facebook dalam membina jenama perniagaan anda dan mendapat pelanggan berulang kali dengan hanya menggunakan platform media sosial percuma ini.

MODUL 8
Pemasaran Email dan Komunikasi
(Kelas online)

Email merupakan medium utama komunikasi melalui Internet. Dalam pemasaran Internet, membina senarai email atau databes prospek dan pelanggan adalah amat penting.

Senarai email prospek merupakan aset dalam perniagaan Internet di mana, dengan mempunyai senarai prospek tersendiri memberi kemudahan kepada perniagaan untuk menghubungi prospek secara terus dalam promosi pada bila-bila masa sahaja. Namun, untuk menjadikannya efektif, teknik dan kaedahnya perlu betul!

Modul ini membantu peserta dalam mengetahui teknik dan strategi membina senarai databes prospek tersendiri yang bersedia untuk membeli daripada anda.

MODUL 9
Pemasaran Affiliate
(Kelas online)

Modul bonus ini akan kongsikan teknik memulakan perniagaan tanpa sebarang modal dan bagaimana hendak menjalankan perniagaan dengan pantas tanpa sebarang stok.

Namun bukan itu sahaja, konsep pemasaran affiliate juga dapat membantu perniagaan anda tidak kira menjual produk atau perkhidmatan dalam menjana ajen-ajen yang inginkan produk dan perkhidmatan untuk dijual. Maka, anda boleh mendapat ramai jurujual yang mempromosikan perniagaan anda!

Bagaikan serampang dua mata, modul ini dapat memberi idea tambahan kepada anda dalam memulakan perniagaan baru, dalam waktu yang sama, anda sendiri boleh membina rangkaian ajen melalui sistem affiliate anda sendiri.

MODUL 10
Analisa Perniagaan Internet
(Kelas online)

Modul analisa perniagaan Internet akan membantu anda dalam menganalisa pencapaian perniagaan Internet anda. Berbekalkan modul terakhir ini, peserta akan dilengkapkan dengan blueprint atau pelan tindakan apa yang anda perlu lakukan dan bagaimana anda boleh perbaiki perniagaan Internet anda pada bulan, atau tahun-tahun yang akan datang.

Dengan kebolehan menganalisa laman web sendiri, sebarang pembaikan perniagaan Internet dapat dilakukan dengan sempurna untuk keuntungan perniagaan jangka masa panjang!


Siapakah Irfan Khairi dan apakah latar belakangnya?

Irfan Khairi, pengasas OpenEducation di bawah Irfan Khairi Sdn Bhd telah menempa nama di Malaysia dan dikenali sebagai "jutawan Internet" oleh pihak media bermula 2005. Seorang speaker profesional, penulis dan juga personaliti TV dan radio, Irfan Khairi telah melahirkan beribu-ribu usahawan Internet yang berjaya di Malaysia dan juga luar negara melalui program-program yang dikendalikannya. Untuk membaca lebih lanjut pencapaian Irfan Khairi, klik di sini.

Bagaimanakah kaedah pembelajaran untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial?

Kaedah pembelajaran yang diterapkan adalah fleksibel khas bagi mereka yang bekerja dan menjalankan perniagaan. Enam kelas dan kuliah bersemuka diadakan (Sabtu atau Ahad) dan 3 kelas dikendalikan secara online dari keselesaan rumah anda sepanjang SEMBILAN bulan pembelajaran.

Selain daripada itu, pembelajaran dilakukan secara atas talian selama melalui web seminar, video, guide langkah-demi-langkah dan soal jawab mengikut kesesuaian masa peserta. Program ini menggunakan Facebook sebagai pengantara utama di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan Irfan Khairi dan pelatih / konsultan berpengalaman setiap hari melalui Facebook group khas hanya untuk pelajar.

Perjumpaan bersemuka juga diadakan untuk bantuan setiap pelajar pada waktu-waktu tertentu mengikut kesesuaian pelajar.

Di manakah kelas dan kuliah dijalankan, dan bagaimana suasana pembelajaran?

Kelas dan kuliah dijalankan di dewan Ruang@iksb di Mutiara Damansara (berhampiran Ikea & Curve) yang merupakan tempat rasmi Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Suasana pembelajaran pula adalah terhad kepada kumpulan yang kecil dan bukan beratus atau beribu peserta seperti seminar-seminar yang dikelolakan oleh syarikat lain. Ini memudahkan tumpuan dan pembelajaran yang lebih baik bagi setiap pelajar.

Sesi praktikal dan hands-on pula, pelajar akan dibantu oleh beberapa pelatih-pelatih bertauliah IKSB. Pelajar diminta untuk membawa laptop sendiri untuk memudahkan pembelajaran dan pengembangan perniagaan masing-masing.

Siapakah tenaga pengajar bagi program 9 bulan ini?

Modul Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di hasilkan oleh Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet #1 Malaysia. Beliau juga adalah penyampai utama modul ini kepada pelajar bersama kumpulan pelatih yang berpengalaman. Kebanyakan sesi kuliah akan dikendalikan oleh Irfan Khairi sendiri, manakala sesi praktikal akan dikendalikan oleh pelatih-pelatih berpengalaman Irfan Khairi Sdn Bhd.

Sekiranya saya mempunyai sebarang masalah dalam mengembangkan perniagaan saya di Internet, bagaimana pihak Irfan Khairi Sdn Bhd dapat membantu selain kelas dan sesi online yang dilakukan?

Peserta boleh mendapat training dan konsultansi tambahan percuma bersama pelatih berpengalaman Irfan Khairi Sdn Bhd setiap minggu secara bersemuka di training center @Ruang, Irfan Khairi Sdn Bhd. Training dan konsultansi tambahan boleh dilakukan berseorang bersama trainer atau secara berkumpulan. Tiada kos tambahan dikenakan.

Siapakah sasaran terbaik untuk program ini?

Program ini terbuka kepada pelajar, mereka yang sedang bekerja atau tidak, usahawan, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan pemasaran Internet & media sosial. Oleh kerana program ini fleksibel dan berformat pendidikan elektronik, ia memudahkan sesiapa sahaja mengikut kesesuaian masa anda.

Apakah had umur untuk program ini?

Tiada had umur maksimum untuk menyertai program ini tetapi had umur minimum adalah 18 tahun.

Berapa lamakah program ini akan berlangsung?

Program ini berlangsung selama 9 bulan meliputi 10 modul pemasaran Internet dan media sosial daripada asas, hingga ke yang lebih maju (advance). Modul-modul tersebut dihasilkan oleh pakar perniagaan Internet #1 Malaysia; Irfan Khairi, bagi memastikan ilmu yang disampaikan adalah lengkap dan praktikal untuk digunakan dalam karier ataupun perniagaan anda.

Apakah bahasa pengantar program ini?

Program ini akan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Bagaimana dan dimanakah kelas akan dijalankan?

Kelas kuliah dijalankan  di training center @Ruang, Mutiara Damansara (berhampiran Curve/Ikea) dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang sebulan sekali (Sabtu atau Ahad). Di waktu-waktu lain, pelajar juga akan mengikuti modul dan berbincang bersama pelatih bertauliah secara atas talian.

Adakah akan diadakan peperiksaan?

Oleh kerana matlamat program ini lebih kepada praktikal, tiada peperiksaan bertulis diperlukan. Namun demikian, prestasi pelajar akan dinilai dari segi tugasan yang diberikan setiap kelas. Tugasan-tugasan tersebut adalah berdasarkan perniagaan atas talian pelajar sendiri yang dikenali sebagai "business based assignment". Dengan mengikuti modul yang diberikan, pelajar akan berjaya membina dan mengembangkan perniagaan masing-masing melalui business based assignment.

Jika tidak dapat menghadiri salah satu daripada kelas, apakah yang boleh dilakukan?

Jika tidak dapat menghadiri kelas yang telah dijadualkan, pelajar boleh mengikutinya dalam bentuk kelas online yang akan disediakan secara atas talian. Penjelasan langkah demi langkah juga disediakan untuk setiap sesi praktikal yang boleh diikuti dari keselesaan rumah. Ini adalah antara objektif dan manfaat mengambil program yang menggunakan konsep e-learning.

Berapakah yuran untuk program ini?

Yuran program 9 bulan ini adalah RM 3,900. Namun pembayaran penuh akan mendapat diskaun RM200.

Bagaimanakah cara pembayaran yuran?

Cara pembayaran yuran adalah dengan menggunakan kad kredit ataupun tunai/cek secara penuh. Pembayaran penuh ketika pendaftaran akan mendapat RM200 diskaun. Selepas diskaun, bayaran penuh adalah RM 3,700.

Adakah disediakan kemudahan bayaran ansuran?

Ya. Bayaran secara ansuran juga dibolehkan mengikut jadual di bawah:

Pendaftaran RM 1,900
Sebelum kelas kedua RM 1,000
Sebelum kelas ketiga RM 1,000
Jumlah RM 3,900
 

Bilakah pengambilan seterusnya akan dibuka dan kelas bermula?

Program ini kini sedang membuka pendaftaran BARU 2018. Kelas pertama akan bermula pada hari AHAD 30 DISEMBER 2018.

Apakah PROMOSI DISEMBER SPECIAL?

Sempena PROMOSI DISEMBER SPECIAL, kami telah menyediakan PEMBERIAN PERCUMA yang sangat istemewa bagi anda yang daftar dan menyertai program bermula AHAD 30 DISEMBER... 

Pemberian #1:
Kesemua produk-produk digital Irfan Khairi yang telah dihasilkan sejak tahun 2005 hingga 2018! Kesemua produk-produk ini bernilai lebih RM3,800 termasuk ebook, video, webinar, membership website, dan banyak lagi. Lihat di bawah halaman ini untuk pemberian percuma yang anda akan terima HANYA SEMPENA PROMOSI DISEMBER SPECIAL!

Pemberian #2:
Peluang makan malam bersama Irfan Khairi! Bagi peserta awal akan dapat peluang network dan beramah mesra bersama pengendali program ini, Irfan Khairi di sesi makan malam bersama-sama. Sesi ini adalah untuk kumpulan yang kecil sahaja seramai 8 peserta pertama. Oleh itu, booking tempat anda hari ini dengan cara hubungi 03-77292277 hari ini! 

OK! Saya bersedia untuk daftar pengambilan terdekat. Apakah langkah yang perlu saya ambil?

Langkah pertama, anda perlu melakukan pendaftaran dengan mengisi borang pendaftaran di sini.

Anda kemudian boleh lakukan pilihan sama ada ingin melakukan bayaran menggunakan tunai sepenuhnya, bayaran kad kredit atau secara ansuran

  1. Untuk bayaran tunai melalui bank-in/online banking atau ATM, jumlah keseluruhan adalah RM 3,700
     
  2. Untuk bayaran kad kredit menggunakan VISA atau MasterCard, bayaran penuh RM 3,700
     
  3. Untuk bayaran ansuran, yuran pendaftaran RM1,900 dikenakan. Sila rujuk jadual pembayaran ansuran di atas. Jumlah keseluruhan adalah RM3,900.

Masih punyai soalan yang tidak terjawab?

Sekiranya anda masih mempunyai soalan yang tidak terjawab, hubungi kami melalui telefon 03-77292277, email ke info@openUni.com.my atau datang ke pejabat kami IKSB HQ di Mutiara Damansara. Hubungi kami untuk sebarang temujanji.


Ingin menyertai? Terus ke langkah 4
untuk mengisi borang pendaftaran

 

PEMBERIAN BONUS "DISEMBER SPECIAL" TERHAD BERNILAI LEBIH RM3,800

Daftar hari ini untuk memastikan anda layak mendapatkan produk-produk ini. Antara produk-produk digital Irfan Khairi yang anda akan terima:

Langganan AKADEMI 5 ANGKA secara PERCUMA!
Program terkini Irfan Khairi, Akademi 5 Angka yang merangkumi pembelajaran online, Motivasi Minda, Pengurusan Kewangan dan Strategi Perniagaan! Jadikan matlamat anda menjana pendapatan 5 Angka dalam masa 1 tahun! Harga RM550 (BARU)
Facebook Masterclass bersama IK (Produk baru 2016)
Pemasaran Facebook dapat membina perniagaan anda, menjayakan pelancaran produk anda, membina senarai prospek yang ternanti-nanti produk anda dan lebih penting lagi, menghasilkan jualan kepada perniagaan anda berkali-kali ganda! Siri video Facebook Masterclass akan membantu anda mencapainya!
Harga: RM600

Jutawan Internet 2.0 - 12 DVD
Pakej lengkap belajar dari rumah 18 DVD dan blue-print 149 Rahsia Perniagaan Internet didedahkan! Pelajari 149 Teknik dan Strategi Menjalankan dan Memaksimakan Keuntungan Perniagaan ANDA melalui Internet
Harga: RM890
Irfan Khairi LIVE - 6 DVD
Rakaman 6 sesi seminar Irfan Khairi dalam bentuk DVD untuk manfaat perniagaan anda. Tajuk seminar termasuk, Perniagaan Terhangat, Perniagaan Internet Tanpa Modal, Laman yang Menjual, Rahsia Usahawan Ebook, Bina Jenama Perniagaan dan Mengekalkan Kesetiaan Pelanggan.
Harga: RM300
Trend Pemasaran Internet 2015 - Video
Program seminar "Trend Pemasaran Internet 2015" hanya dijalankan sekali sahaja. Di seminar 3 jam ini, Irfan Khairi telah kongsikan trend terbaru di Internet, strategi dan teknik yang dirinya sendiri, dan juga klien tempatan serta luar negara gunakan untuk sentiasa berada di hadapan pesaing-pesaing bermula 2015.
Harga seminar: RM300
Cara Mendapat Jualan Dalam Masa 24 Jam Tanpa Sebarang Kos - Webinar
Webinar mendedahkan teknik khusus untuk mereka yang baru memulakan perniagaan dan ingin mendapatkan jualan pertama terpantas tanpa sebarang kos.
Harga: RM50
EBook Mentor Jutawan
Anda tercari-cari jawapan kepada "Bagaimana hendak jadi kaya?". Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairi bersama ikon & mentor jutawan Malaysia- mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
Harga: RM40
Laporan X: Bagaimana Cara Memusnahkan Pesaing Anda
Strategi yang didedahkan menunjukkan cara terbukti bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menjadi pilihan utama kepada pelanggan.
Harga: RM20
Laporan X: Demi Masa. Strategi Menjimatkan 80% dari Masa Anda
Mendedahkan strategi pengurusan masa untuk mencapai matlamat anda dalam masa yang lebih singkat! Secara purata, seseorang mengambil masa 33 tahun untuk menjadi jutawan. Bagaimana IK boleh lakukan dalam masa 3 tahun?
Harga: RM20
Wang & Anda: Bicara Wang Cara Santai - Audio MP3
Rakaman audio CD pertama Irfan Khairi terbitan Telaga Biru Sdn Bhd kongsikan perihal wang, mindset dan strategi kewangan untuk mencapai bebas kewangan.
Harga: RM19.90
Rakaman SEMINAR PERNIAGAAN POPULAR (3 Jam) oleh Irfan Khairi yang akan membantu perniagaan anda mendapat promosi dan publisiti PERCUMA secara online dan offline melalui TV, akhbar, majalah dan radio tanpa sebarang kos!
Harga seminar: RM900
Formula L+F+R. Kini tiba masanya anda juga melengkapkan diri anda dengan 3 teknik dan strategi perniagaan Internet terkini dalam menghadapi 2017 yang sememangnya semakin mencabar untuk rata-rata jenis perniagaan di Malaysia!
Harga: RM250

Lakukan pendaftaran hari ini, untuk mendapat pemberian percuma kesemua produk digital Irfan Khairi sejak 2005! Kesemua produk ini akan diberikan kepada anda apabila anda menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. 

Sebagai rumusan...

Menarik tentang Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial:

  1. Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi sebagai pensyarah!
  2. Program 9 bulan- mendalami teknik, strategi dan tips memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet
  3. Bermula dengan teknik asas khas bagi mereka yang masih lagi baru dengan perniagaan Internet, sehingga teknik yang lebih maju/advance bagi mereka yang sedang menjalankan perniagaan Internet
  4. Program separuh masa- kelas bersemuka sebulan satu kali sahaja, dan selebihnya melalui online dari rumah.
  5. Lebih 170 tip dan teknik perniagaan Internet selama program dijalankan.
  6. Tempat terhad & eksklusif - setiap kelas terhad kepada 40 peserta sahaja dan bukan beratus atau beribu peserta untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih baik dan tertumpu.
  7. Business based assignment- tugasan adalah berdasarkan perniagaan anda jalankan. Sekiranya anda belum memulakan perniagaan, program ini akan membantu anda memulakan perniagaan Internet anda yang pertama
  8. Sokongan dan coaching selama 9 bulan- bersama Irfan Khairi Sdn Bhd membantu perniagaan anda berkembang di Internet.
  9. Bersama rakan-rakan baru sekelas yang mempunyai matlamat yang sama dalam menjayakan perniagaan masing-masing turut membantu!
  10. Pembertian PERCUMA bernilai RM3,959.90 pendaftaran hari ini!
  11. Pengambilan/kelas bermula 30 DISEMBER, 2018 - *pengambilan BARU* TEMPAT TERHAD!

Hanya 9 8 tempat tinggal!


Ingin menyertai? klik di sini untuk
mengisi borang pendaftaran

SOALAN POPULAR DARI MEREKA YANG TINGGAL JAUH DARI KUALA LUMPUR: Bolehkah kelas ini dilakukan secara 100% online tanpa menghadiri kelas bersemuka kerana saya tinggal jauh dari Kuala Lumpur dan sukar menghadiri kelas bersemuka?

Boleh. Kami juga menyediakan program ini versi 100% online khas untuk mereka yang sukar untuk datang ke Kuala Lumpur. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami di 03-77292277 untuk keterangan lanjut - waktu pejabat adalah Selasa-Jumaat. Atau klik di sini untuk maklumat. (hanya untuk mereka yang tidak dapat menghadiri kelas oleh kerana jauh dari Kuala Lumpur sahaja)







HakCipta terpelihara 2011-2018 Irfan Khairi Sdn Bhd. TERMA DAN SYARAT Segala yang terkandung di dalam laman web
ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. HUBUNGI KAMI